KITA & MH17

Friday, July 18, 2014



Assalamu’alaikum WBT.
Al- Fatihah


Mari KITA memanjatkan doa dan harapan kepada Allah, moga muslim dan muslimat, yang terkorban dalam musibah pesawat MH17 mendapat redha Allah, moga mendapat syahid, InsyaAllah. Moga barakah Ramadhan bersama mereka. Ameen.


Kepada KITA yang masih lagi hidup, walaupun sakit, sempit, boleh beribadah, tak puasa, masih buat dosa etc²… bersyukurlah kerana Allah masih izinkan menjalankan tanggungjawab keatasNya.


Kepada KITA yang rajin bercerita yang bukan², pencetus, pemangkin & penternak sepikulasi, sudah sudahlah... Usah dibaja tabiat sampai-menyampai ceritaberita yang tak tahu sahihnya, for whatever reasons WE are up to.


Ceritaberita yang sampai didepan mata KITA mungkin membawa maksud berlainan dan pemerimaan kepada setiap individu. Syabas jika membawa kepada kebaikan. Namun begitu, dikhuatiri , berlaku sebaliknya. WE should have known better!


Berapa ramai diantara KITA yang mengambil langkah awal tatkala mengentahui musibah ini, dengan mulut KITA terus terpacul  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎...?
Berapa ramai diantara KITA yang terus ambil wudhuk, ke tempat solat, bertahajjud, solat sunat taubat dan sebagainya, memohon keampunan kepada Allah untuk mereka yang terkorban dan diri sendiri?


Sama juga dengan isu Palestin, ramai antara KITA suka kecamhentam kebintangan yahudi, tapi doa kita belum tentu ada buat mereka yang teraniaya.

Sama juga dengan isu 'perempuan peugeot putih'. KITA sibuk hebahkan perkara aib itu. Walaupun KITA tahu dia Islam, KITA pun islam. Pada kita, dunia perlu tahu. KITA nak dunia tahu, kalau KITA dalam situasi uncle tu, mahu kena lempang perempuan tu. Beginikah yang diajar oleh Islam, al-Quran & sunnah? Juzu' berapa? Ayat mana? Hadis nombor berapa? Siapa perawinya?


KITA suka portraykan diri KITA sebagai pembenci keganasan, pembenci yahudi & sebagainya, namun perkara tersebut buat KITA lupa tentang perkara yang lebih penting dan lebih patut didahulukan.


KITA tak buat sebab itu bukan cara KITA, itu bukan norm KITA , KITA tidak jadikan itu tradisi dalam hidup.


Kalau KITA masih lagi buat benda² yang tak mendatangkan faedah ini, maka benarlah bahawa, usaha syaitan selama 11 bulan, secara intensif, dia train KITA , meniupkan kata² perangsang dan semangat untuk menjadikan KITA ‘manusia seperti yang dia mahu’ dan menyesatkan telah berhasil.


Kalau dalam tempoh 30 atau 29 hari Ramadhan ini, perangai, tabiat & apa sahaja yang dilakukan oleh KITA sama dengan bulan² yang lain, tiada sebarang perubahan kearah kesempurnaan iman, maka itulah diri KITA yang sebenarnya. WELL TRAINED RECRUIT!


أستغفر الله


Ya Allah, kembalikan KAMI kepada al-Quran & Sunnah kekasihmu, penghulu KAMI, Muhammad SAW, dan terus beramal dan kekal dengannya, sentiasa, Ameen.

60 Months to 40

Thursday, April 24, 2014

Peace be upon you.

It's been a year. Thank you Allah, for all. Thank you Rasulullah for your sunnah. A year of sweetness, all the great things I've been through with love one's and others. Not to forget, the opportunity to learn the meaning of agony. I wish for another great year ahead with full of Iman and Rizk from You.

Ameen.

Wassalam.

72 Months to 40

Wednesday, April 24, 2013

Selamat sejahtera ke atas kamu dan hai.

Bermula daripada subuh 6.45 pagi hari ini, genaplah, 72 bulan lagi, 40 tahun umurnya Encik Aku.

Sila muhasabah diri and take it as a motivation.

Sekian.

3 minutes.

Wednesday, April 3, 2013


Selamat sejatera ke atas kamu dan hai.

MALAS is a sin. I am MALAS. God forgive me coz I commit one. Sebab tu la lama tak hapdet blog ini.

Entry ini khas untuk aku dan kalian.

New entry for the new wave is pengertian tentang konteks mengingati MATI. Ok, mula² kena relax & tenang. Kendian, cuba tarik nafas dalam² & lepaskan perlahan². Relax sket ye dak? Ok, good. Cuba bayangkan, tiga minit dari sekarang, lepas baca blog ni ke contohnya, bakal berlaku sesuatu yang bakal mengubah segalanya. Segalanya terhenti. Period! ‘Ter’ disitu bermaksud, tidak sengaja ataupun sesuatu yang berlaku diluar jangkaan fikiran. Mind & action tak sync la kata orang zaman gadget ni.

Apa yang terhenti? Segalanya! Jantung dah stop mengepam darah walau sesihat mana dia. Darah berhenti mengalir. Okisigen dah tak boleh masuk sebab paru² dah berhenti operation. Jasad tinggal jasad, nyawa tinggalkan dia. Mati... Innalillah… 3 minit dari sekarang. Are you ready? Seriously?

Seriously, take a deep breath, release slowly & imagine…

What are things you concern the most at this very moment, IF… you get the crucial THREE minutes?

Risau dan fikir tentang dosa yang saiznya sebesar stadium? Jumlah pahala terkumpul, cukup the tidak? The Debts? What happens to your wife/ hubby while you’re gone? What about your children? PRU13? Kain baju tak basuh lagi? Nasi belum masak? Belum close deal prospek MLM? Harta berkoyan² nak bagi siapa? Man U nak beli siapa season depan? Drawing autocad belum siap? Final exam is coming? Pelamin tak siap lagi? Kain belum beli kat Jakel? Which one? Take a pick.

Apa kalian NAK buat? Apa yang kalian PERLU buat? Apa yang kalian BOLEH buat?

Dalam masa yang hanya tinggal 2 minit 59 saat ini, pastinya kita akan lepaskan apa saja yang dipegang, hatta sepenting mana akan sesuatu itu pun kita tidak peduli lagi. Hanya yang bermain difikiran adalah ALLAH semata-mata. Masa ni la nak solat, walaupun belum waktunya, solat sunat taubat mungkin? Doa kot? Nak zikir, tahmid, tasbih dan sebagainya. Kalau dalam 1 saat boleh sebut Allah sekali, tapi dalam masa yang tinggal ini, kalau boleh, 1 saat nak sebut Allah 40 kali. Itu pun kalau Allah izinkan… Kalau 3 minit yang ada, adalah 3 minit yang kaku bagaimana? Jangankan sebut Allah, sebut Hu pun tak boleh. Cane?

Ingat Allah selagi ada masa. The truth is, ingat Allah setiap masa, in every breath you take, every move you make, every step you take, while you can guys… Ingat Allah bermakna segerakan ibadah & segerakan hakNYA. Ingat MATI bukan sekadar metafora. It is REAL THING! We don’t know what is going to happens the next seconds.

Believe me guys, WE DON’T EVEN HAVE THE ‘THREE MINUTES’.

Entry ditutup dengan video ini. Sila hayati, walaupun nama kalian bukan Hayati.



والله الم 

#keepthegoodalive
#tfkmdrp
#pakyuih



Hadis 40 - Risalah Islam

Wednesday, January 16, 2013

Assalamualaikum.

Berpesan-pesanlah… InsyaAllah…

Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta'ala. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis :
1) Wajibnya perang - difardhukan - tolak tipu daya musuh - naikkan bendera Islam.

2) Terpelihara darah dan harta :
Pokok Perbincangan
i. Orang yang mengucap dua kalimah syahadah
ii. Orang yang mendirikan solat fardhu.
iii. Orang yang membayar zakat.
iv. Orang yang beriltizam dengan hak-hak Islam.

3) Perjalanan Hukum - hanya pada zahir - batin serah pada Allah.

Pengajaran hadis:
Risalah atau misi kedatangan Rasulullah SAW ialah menegakkan dakwah lslam sehingga tertegak aqidah lslam. Sebarang halangan terhadap usaha dakwah mesti dihapuskan.

Memerangi orang-orang kafir yang memerangi lslam dan dakwah lslam adalah kewajipan umat, agar risalah lslam tidak terhalang dari sampai kepada semua manusia. Apabila dakwah sudah sampai, mereka bebas sama ada menerima lslam atau sebaliknya.

lslam menjamin hak pemeliharaan dan perlindungan darah, harta dan maruah diri seorang mukmin muslim yang mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu dan membayar zakat. Hak ini terus terjamin kecuali kalau dia mengabaikan hak-hak tuntutan lslam.


والله الم
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS