Happy Birthday Ya Rasulullah

Selamat sejahtera keatas kamu dan hai.

Image credit to Adil Mohd

Happy birthday Ya Rasulullah... Mari selawat banyak²....Kalau la nabi ada lagi apa akan jadi eh? Tapi, berdasarkan apa yang sedang berlaku dan terus berlaku dalam alam fana, aku rasa sama je. Manusia tetap macam tu juga. Bukan sebab aura atau kenabian Rasulullah tu dipertikai. Dia tetap "THE ONE",  tak siapa boleh sangkal, (kalau sape sangkal memang zero la iman lu...) tapi manusia dah terlampau jahanam. Yang kafir dah tentu, yang islam ni pun sama jugak, itu yang agak musibat kalau dikenang²kan tu. Damn!

Dulu Tun Mahathir pernah cakap pasal melayu mudah lupa. Cakap Tun tu memang sangat betul. Lebih² lagi melayu yang islam ni. Perkara ni ni dah menular dan elok bertapak dalam hati, hamik kau! Lupa yang dimaksudkan tu bukan la setakat lupa diri, lupa asal usul, kacang lupakan kulit atau pun lupa pam tandas lepas bank-in tinja. Semua kelupaan yang aku senaraikan tu semua betul tapi lupa yang paling ultimate sekali adalah lupa Allah dan Rasulullah neh!

Ha...bila ada orang tembak rambang macam aku ni, mesti ada yang melenting macam ulat anak langau punya (ulat dalam tinja pun boleh gak... mana² la...). Marah siut. "Suka ko je cakap aku lupa tuhan, lupa nabi...kenapa ngan ko ni, nak mampos!" lebih kurang camtu la respon manusia² ini.

Tak payah bagi contoh yang nak menampakkan orang lupa Allah dan Rasulullah ni. Setiap detik berlaku dan berlaku lagi tanpa henti. Kita ni mesti ingat pada Allah dan Rasulullah pada setiap masa. Itu saja. Apabila ingat Allah dan Rasulullah pahala terus autodebit ke akaun masing². Itu baru ingat saje tu. Apabila ingat Allah dan Rasulullah setiap masa mesti nak buat... aku ulang... mesti nak buat baik je memanjang. Apabila ingat Allah dan Rasulullah mesti tak buat... aku ulang lagi pulak yang ini... mesti tak buat dosa. Sebab dah sedia maklum Allah murka. Ingat je la kat Dia... susah ape?
Aku bukan nak bersyarah atau berkhutbah. Tak layak pun aku ni...Tapi nak kasi ingat pada sape yang tak berapa nak ingat. Kitakan mudah lupa... Yang ni kalau lupa...yes...WE ARE NOTHING!

Nextttt....

Selamat sejahtera keatas kamu...

You May Also Like

0 comments