Mana akalmu?

Selamat sejahtera keatas kamu dan hai.

Selamat menyambut tahun lompat. Selamat hari lahir kepada sesiapa yang lahir pada tarikh 29 Februari. Korang memang rare, hehe. Kawan baik aku baru dapat anak kedua pada tarikh special ni, pukul 1 pagi tadi waktu Malaysia. Dapat baby boy, congrats bro!

Intro tu sekadar celahan aku untuk entry kali ni. Muqadimah memang tak kene dengan tajuk kan? Selasa malam Rabu baru ni, aku ada tengok rancangan 30 Minit Ustaz Don (30MUD). Seperti biasa, beliau kongsi ilmu dengan penyampaian santai dia. Thanks Don sebab hang ajaq macam². Pada malam tersebut, Encik Ustaz ni cerita pasai tutup aurat masa solat. Tapi masa aku dok tengok tu dia dok emphasis pasai tudung pompuan. Baguih topik ni habaq hang. Siap penerangan rujuk ayat Quran. Sebijik² dia hurai. Mana sempat dia nak bagi semua masa tu pun, masa pun kurang 30 minit, nak kasi lalu iklan lagi.

La, aku nak habaq mai kat hampa perkara umum bagi cerita yang Encik Ustaz ni dah habaq malam tu. Beliau dah cerita pasai pakai tudung ni, agak detail jugak la. tudung jenis apa, kain jenis macam mana, tang mana nak tutup, pasaipa nak kena tutup. Tapi, above of all kisahnya yang aku nak sampaikan adalah, kesedaran kepada mereka tentang semua ini. Kenapa nak tutup aurat? Sebab Allah suruh. So, buat saja jangan banyak bunyi. Aurat ni, maksud aku, tertakluk pada semua la, lelaki dan perempuan. Cukup syarat, mau tak mau, hampa kena tutup. Sebab, sekujur tubuh kita ini milik Allah. Dia dah bagi guideline camana nak jaga, hampa ikut saja. Buat dulu beb, then baru cari pengertian. Sebab, dalam pada tak buat tu, dosa tetap kredit dalam akaun. Image di bawah ini, contoh pakai tudung yang disarankan oleh Islam. Tang mana nak tutup tu yang kena ikut, cara pakai ikut hampa la...

 
 
Image credit to Cahayarabia

Timbul tajuk mana akalmu ni, bila mana aku dok tengok tv sama wife aku and Junior. Kebetulan time tu rancangan Jom Heboh kat Melaka. So depa pakat kluaq promo selalu la. Aku terperasan satu celebrity pompuan Tv3 ni, pakai tudung. So aku pun sembang la dengan wife aku, yang membawa maksud lebih kurang macam ni. 'Oh... dia ni dah pakai tudung eh, sejak dah kawen ni.' wife aku pun balas balik, 'Oh tak, itu video lama tu, tu masa Jom Heboh kat Kelantan tahun lepas. Kat sana kene pakai tudung...'

Ok stop tang tu. Negeri Kelantan bersama undang-undang dan syaratnya TAK SALAH dalam peristiwa ini. Yang salahnya adalah manusia tak guna akal, bila keadaan dan tempat berkehendakkan begitu, mudah benar manusia ni nak ikut. Bila syarat Allah, dia tak follow beb! So, nampak tak tang mana dia letak martabat antara Pencipta dengan keperluan kerja dia. Gila penting kerja dia tu... Tak salah dia follow syarat kerajaan Kelantan tu. Tapi, antara Allah suruh dengan kerajaan Kelantan suruh, dia pilih, "Allah can wait."? Kalau hang pilih apa yang Allah suruh, period hang kluaq, hang dah bertudung. Tu yang timbul persoalan 'Mana akalmu?' tu...

Sorry², aku emo jap tadi. Tapi betul beb, depa perlekeh hukum Allah. Aku bukan nak kata aku pandai, tapi benda salah jadi depan mata, hang tak tegoq, mana pi iman hang? That is totally less then nothing!

Ada lagi cerita, nanti aku habaq len. Takat ni dulu. Pesanan untuk kali ni, cari ilmu selagi badan dok kandung nyawa cek oii...

Wassalam...

You May Also Like

0 comments