Chemistry yang aku tidak faham

Selamat sejahtera ke atas kamu & hai.

Ada benda yang aku nak share hari ni. Merujuk kepada entry aku yang lepas, iaitu entry Mana akalmu?. Aku ada mentioned satu kisah celebrity TV3. Alhamdulillah, sekarang ni dia bertudung sepenuhnya. (Ke dia ada baca blog aku ni? hehe...) Mesti suami dia bangga dan bersyukur sebab wifey dah bertudung, menutup aurat. Lebih² lagi si dia seorang public figure. Cantik pulak tu. Syabas!

Perkara di atas hanyalah template sahaja. Namun begitu, sekarang aku nak berbicara tentang perkara lain, tetapi significant dan lagi penting. Sebelum itu, aku nak clearkan dekat sini bahawasanya entry kali ini dedikasi untuk renungan bersama termasuk diriku ini. Bukan untuk condemn sesiapa.
Semenjak ada anak ni, bila aku tengok dia mesti banyak benda yang terlintas dalam fikiran aku. Aku selalu terbayang macam mana bila dia dah besar nanti? Muka dia? Fizikal dia? Bila dia dah pandai bercakap nanti, macam mana cara dia bersembang dengan aku dan mommy dia? Ada jugak aku terfikir, macam mana bila dia besar nanti, dia adalah reflection aku. Kalau yang baik tu

Alhamdulillah... Macam mana pulak kalau yang tak baik tu? Ngeri siut bila bayangkan. (tu confirm ada dosa beb, tu yang layan ngeri tu...) Masa tengah fikir tu baru rasa menyesal. Rasa macam kena lempang dengan rasa menyesal tu. Rasa takut tu memang tak boleh nak sangkal. Berdebar² beb. Baru aku rasa apa yang orang tua kita rasa bila dia dok risau pasal kita.

Rentetan daripada mengenang kisah lama ini. Aku semakin berhati² dalam mendidik anak aku. Paranoid! Sayang mau lebih. Sama la dengan wife aku jugak. Nyamuk gigit pun kami dah rasa tak keruan. Hehe... hanya yang terbaik untuk dia, membesar sesempurna mungkin.

Ok. Kita dah biasa dengar orang jatuh cinta. Baik lelaki mahu pun perempuan. Jatuh cinta tu satu hal, tapi yang menjadi halnya adalah, perasaan cinta yang baru datang dalam diri anak² ini, baru sangat...adalah dalam empat lima hari macam tu... boleh overpowered kasih sayang antara diri dia dengan mak bapak. Sebagai contoh, ibu bapa besarkan anak dari dua jari tapak kaki sampai besar, let say umur 18 la kata. 18 tahun mengharungi bersama segala rencah dalam hidup ni. Ibu bapa jaga macam menatang minyak yang penuh katanya... Suka duka bersama ibu bapa. Tiba-tiba jumpa satu hamba Allah ni, so called girlfriend/ boyfriend. Jumpa kat mana entah? Ada yang jumpa kat sekolah la, kolej la, bus stop la yang paling jahanam tu jumpa time clubbing. Lepas tu kenal², rasa macam best turns to cintan cintun, agak ok² perhubungan tu, menikah la.

Aku nak kupas kronologi perkara ni, kerana ianya implies kepada aku juga. Kita masih lagi merujuk kepada kes di atas. Selepas 18 tahun hidup dengan ibu bapa, sekelip mata dia berubah mengikut pasangan yang baru dikenali. Empat lima hari je beb. Setiap pasangan itu mempunyai kekuatan dan magis yang out of this world. Dalam waktu yang singkat satu antara mereka akan berubah mengikut pasangannya. Kalau macam ni punya cerita nak kategorikan macam mana? Adakah ianya lumrah? Adat la tu bebudak zaman sekarang...Aku secara peribadinya tidak setuju dan sesungguhnya tidak faham dengan chemistry ini. Ia terjadi dalam hidup aku juga.

Ok. Kali ni lebih detail dan mendalam sikit kupasan aku. Sebagai contoh lagi. Seorang perempuan, tidak bertudung, jumpa seorang lelaki lalu jatuh cinta dan berkahwin. Lepas kahwin suaminya pimpin dia elok² dan dia bertudung. Solehahkan bunyi dia? Kalau sekali baca ini adalah perkara biasa, celah gigi je cerita ni. Memanglah itu tugas suami pimpin/ bimbing isteri ke jalan yang benar. Apa ko nak lagi ye tak?

Here's the thing... Macam mana dengan bapak si perempuan itu sebelum dia dipimpin oleh sang suami tadi? Kata la dia berkahwin pada usia 23 tahun. 23 tahun si bapak tak dapat nak bimbing anak dia? Here comes the man out of nowhere, take less than a year turns someone's daughter to be an angel.

Kepada si bapak... What's up daddy? What's wrong along the way? Too busy? Ka hang ajaq tapi anak hang ketegaq kot? Ka hang tak tegoq anak hang? Hang tak ajaq langsung ka apa? Hang tau dak la ni hang tadak kuasa dah. Putuih habih tanggungjawab hang pada dia. Apa crita nih? La ni laki dia pikui tanggungjawab tu.
Kepada si anak... 23 tahun pak hang tak ajaq apa ka? Kalau dak, shame on him la naa... Baguih la hang ikut kata laki hang la nih... Ka hang ketegaq? Bersungguh la pak ajaq hang buat cara hang jugak... Datang mamat mana ntah elok plak hang ikut kata dia. Kesiana la pak hang, hang pilih bulu naa...

Renungan untuk aku sebagai seorang lelaki dan bakal bapak kepada anak perempuan aku kelak. Kalau aku berada dalam situasi di atas. Aku ada 23 tahun bersama anak perempuan aku, untuk aku sayang dia, belai dia, didik dia, tengok dia berjaya dan macam² lagi. Setiap kali kesilapan yang dia lakukan disebabkan aku tidak mengajarnya. Dosa. Bersediakah aku? Semua ini boleh jadi elok jika bermula daripada diri kita sendiri. Ia harus bermula right away! Like... NOW! Kisah anak perempuan 23 dan bapaknya tadi boleh ditukar ganti dengan anak perempuan dengan emaknya, anak lelaki pun boleh, so on & so forth... (Tapi anak lelaki sampai mati memang kena jaga mak dengan bapak dia. No Excuse)

Perkara ni akan berulang, keep rotating, jadi balik pada anak²/ keturunan yang akan datang. Wal hasil balik asal, wal asal balik hasil... Yang ni pun nak kene tunggu Nabi Isa turun suruh kasi perbetul kot?...

Wallahualam.

You May Also Like

0 comments