Hati & air sirap

Selamat sejahtera ke atas kamu dan hai.
Hari ni hari Khamis. Kepada sesiapa yang berpuasa sunat Isnin & Khamis/ puasa ganti/ puasa nazar dan apa jenis puasa, aku ucapkan selamat menjalankan ibadah puasa.
Aku ada satu cerita nak kongsi. Satu masa dahulu, zaman² bujang, ada satu hari tu aku puasa sunat dengan mak aku. Petang tu, sebelum waktu buka puasa, aku buat trimming pokok depan rumah. Pokok ni kira tempat aku berkarya la. Aku bentuk², trim² pokok tu ikut shape yang aku suka. Ada lima pokok semua. Dua daripadanya bentuk gerudi, macam skru tu. Aku gelarkan pokok tu, Inul 1 & Inul 2, hehe. Sempena gelek gerudi Inul la tu. Tiga lagi aku trim bentuk kon, sebab mak aku yang request.
Cerita kali bukan pasal pokok² tu, cerita pasal pokok² ni lain kali aku cerita. Aku kalau trim pokok ni memang lama. Sebab aku tak puas hati kalau selagi tak capai kualiti yang aku nak. Berjam jugakla ambil masa. Jadi, kalau dah panjang masanya, memang penat beb. Tambah pulak aku puasa hari tu.
Waktu buka puasa dah dekat, aku baru habis trim pokok. Lepas tu aku masuk rumah cuci kaki tangan. Duduk depan meja dengan mak aku. Tekak masa tu punya la haus. Dahaga bebenor. Tapi air tak ada lagi atas meja. Mak aku bangun balik pi dapur dan ambil kole (mug stainless steel). Pastu mak aku tuang air dalam cawan aku dan dia. Mak aku ni suka minum air panas/ suam. Jadi pada malam tu menu air kami adalah air sirap suam. Sedap beb minum air sirap suam ni, aku pun dah terikut² selera mak aku, hehe.
Akan tetapi, jauh di sudut hati kecil aku ni, menginginkan air sirap yang sejuk, kalo boleh ada ais sekali. Sambil menghirup air sirap suam yang mak aku buat tu, ini adalah statement hati aku "sedapnya kalau dapat air sirap ais, tapi takpe yang ni pun Alhamdulillah...". Itulah exact phrase yang terungkap dalam hati aku. Itu je yang aku fikir dan terdetik dalam hati aku. Tak ada kurang, tak ada lebih. Aku ingat sampai sampai bila².
Malam tu lepas Isya' jiran aku selang empat buah rumah jemput makan kenduri. Biasa la nak dekat² masuk bulan puasa orang ramai² pakat buat tahlil kenduri arwah. Lepas dah habis tahlil, tuan rumah start hidang makanan. Apa yang menarik minat aku pada malam tu adalah jug air yang berisi sirap ais. Menarik habis! Lepas orang dah hidang, tuang air semua cukup, imam pun baca doa makan. Lepas tu aku pun pegang kemas gelas berisi air sirap ais tu lalu meneguknya. Itu la air sirap yang paling sedap aku pernah minum seingat aku, sepanjang hidup aku bernafas ni.
Aku cuma mintak dalam hati je tadi. Terdetik je pun. Namun, itu dah kira doa. Setahu aku, doa yang ikhlas itu Allah dengar. Pada aku, ikhlas itu yang misteri. Aku pun tak faham macam mana nak capai ikhlas sebenar benar ikhlas tu. Setiap kali aku kenang kisah ni, berkaca-kaca mata ni. Rasa nak menitik air mata. Mintak air sirap pun Allah bagi. Sedap plak tu...

image credit to wooferstorm
Selalu kita tanya kenapa doa tak makbul. Apa yang dihajat tak dapat. Aku rasa ini adalah one of the reason terkuat. Ikhlas...
Sekian

You May Also Like

1 comments

  1. salam pertama dari sahabat lama...

    ( ohhhh...rupanya ko pun boleh jadi hang kebun jugak yer...ehehehe )

    sedang kita tak minta pun Allah bagi...apatah lagi kalau kita meminta'nya sendiri....

    “Dan Tuhanmu berfirman,”Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu…”
    Surah Ghafir (Mukmin) ayat 60

    ReplyDelete