Islam: Hukum Sambut Tahun Baru

Selamat sejahtera ke atas kamu dan hai.

Malam menjelang tahun baru ni meriah la dunia gamaknya. Ramai la orang berpusu-pusu ke tempat menyambut tahun baru. Dalam kita nak menyambut datangnya tahun baru ni, apa pandangan Islam dan apa hukumnya?

Kalau Islam je hukum, kalau hukum je Islam eh? Lek dulu..., Islam tak macam tu pun. Baca sampai habis. Hidup mesti ada pedoman.

Hukum sambut tahun baru - HARUS (Sumber: Khutbah Jumaat Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, 28 Disember 2012).

Maka bersuka rialah korang, boleh sambut tahun baru, diharuskan oleh Islam pulak lagi. Namun begitu ia bersyarat. So nak sambut, sambut dengan bersyariat. Sambut dengan tinggalkan segala perkara yang haram, segala perkara yang lagha yakni lalai dan segala yang menjurus kepada perkara yang dua tadi. Tinggalkan tu, maksudnya tak payah buat. Senangkan...?

Image Credit to CC-Chapman

So adios, au revoir, selamat tinggal 2012, TAMMAT!

You May Also Like

0 comments