Antara Akidah dan Hiburan - Telemovie Kalut di TV3

15:14

Selamat sejahtera ke atas kamu dan hai.

Selamat hari cuti dan bermalas-malasan kepada semua. Pagi tadi, tengah aku busy mengedit maskhead untuk blog aku ini, abang aku sampai dari KL, datang menjenguk mak aku sambil bawak kuih cakoi dengan tapai ubi. Lepas jumpa mak aku, sembang² sikit, lepas tu dia lewat di tempat aku sedang buat kerja, dan dia berhenti.

Dia tanya aku, sembang lebih kurang dan dia suruh aku masuk website www.tonton.com.my untuk tengok satu telemovie bertajuk Kalut dalam slot Cerekarama TV3. Aku pun bukak dan cari cerita Kalut yang diperkatakan. Kemudian abang aku suruh aku terus drag the timeline terus ke minit 18:00 hingga ke 19:00, babak dimana Zul Yahya nak start enjin van dia. Mula², elok je baca bismillah, enjin van tadi hidup. Lepas tu enjin tu mati balik, then dia macam kecewa. Lepas tu dia adik beradik macam cakap² serius, sindir² pedas sikit. Biasa la orang melayu. Lepas tu emak dia tegur dan suruh cuba lagi dan baca bismillah banyak². Dia balas balik cakap mak dia dan kata, dah banyak kali dah baca bismillah, macam² ayat dah dia baca sampai dah tak tau ayat apa dah nak baca. Then dia terus cuba hidupkan enjin kereta sambil dia baca something, some sort of mentera ke, ayat bahasa siam ke apa ke, entah lah. Yang pasti bukan dari Quran and not even bismillah. Kemudia enjin van tu hidup!

This particular scene boleh mendatangkan masalah. Ia boleh mencetuskan satu ideologi baru terhadap kepercayaan pada ayat² suci al-Quran. Boleh mislead kefahaman manusia dan umat Islam secara amnya. Bagaimana dengan anak² yang menonton? Dia cakap, dia dah baca bismillah dan semua ayat dan tak tau nak baca ayat mana lagi, tapi enjin masih tak mahu hidup. Dengan dialog itu sahaja sudah menampakkan keraguan dalam kepercayaan terhadap al-Quran. Ditambah lagi dengan tindakan susulannya dengan membaca mentera dalam bahasa siam, lalu bergembira kerana enjin van itu berjaya dihidupkan.

Aku sarankan kalian tonton cerita ini di www.tonton.com.my dan nilai sendiri. Pendapat aku, mereka ini terlepas pandang, tidak tetliti dan tidak sensitif terhadap perkara yang paling penting malah lebih penting dari nyawa mereka sendiri iaitu soal Agama Islam. Sememangnya tujuan adalah untuk berhibur, tetapi itu tidak bermaksud soal agama boleh jadi bahan gurauan.

Katakan bahawa aku salah dan buktikannya maka tegurlah aku.

والله الم

You Might Also Like

0 comments