3 minutes.
12:28Selamat sejatera ke atas kamu dan hai.
MALAS is a sin. I am MALAS. God forgive me coz I commit one. Sebab tu la lama tak hapdet blog ini.
Entry ini khas untuk aku dan kalian.
New entry for the new wave is pengertian tentang konteks mengingati MATI. Ok, mula² kena relax & tenang. Kendian, cuba tarik nafas dalam² & lepaskan perlahan². Relax sket ye dak? Ok, good. Cuba bayangkan, tiga minit dari sekarang, lepas baca blog ni ke contohnya, bakal berlaku sesuatu yang bakal mengubah segalanya. Segalanya terhenti. Period! ‘Ter’ disitu bermaksud, tidak sengaja ataupun sesuatu yang berlaku diluar jangkaan fikiran. Mind & action tak sync la kata orang zaman gadget ni.
Apa yang terhenti? Segalanya! Jantung dah stop mengepam darah walau sesihat mana dia. Darah berhenti mengalir. Okisigen dah tak boleh masuk sebab paru² dah berhenti operation. Jasad tinggal jasad, nyawa tinggalkan dia. Mati... Innalillah… 3 minit dari sekarang. Are you ready? Seriously?
Seriously, take a deep breath, release slowly & imagine…
What are things you concern the most at this very moment, IF… you get the crucial THREE minutes?
Risau dan fikir tentang dosa yang saiznya sebesar stadium? Jumlah pahala terkumpul, cukup the tidak? The Debts? What happens to your wife/ hubby while you’re gone? What about your children? PRU13? Kain baju tak basuh lagi? Nasi belum masak? Belum close deal prospek MLM? Harta berkoyan² nak bagi siapa? Man U nak beli siapa season depan? Drawing autocad belum siap? Final exam is coming? Pelamin tak siap lagi? Kain belum beli kat Jakel? Which one? Take a pick.
Apa kalian NAK buat? Apa yang kalian PERLU buat? Apa yang kalian BOLEH buat?
Dalam masa yang hanya tinggal 2 minit 59 saat ini, pastinya kita akan lepaskan apa saja yang dipegang, hatta sepenting mana akan sesuatu itu pun kita tidak peduli lagi. Hanya yang bermain difikiran adalah ALLAH semata-mata. Masa ni la nak solat, walaupun belum waktunya, solat sunat taubat mungkin? Doa kot? Nak zikir, tahmid, tasbih dan sebagainya. Kalau dalam 1 saat boleh sebut Allah sekali, tapi dalam masa yang tinggal ini, kalau boleh, 1 saat nak sebut Allah 40 kali. Itu pun kalau Allah izinkan… Kalau 3 minit yang ada, adalah 3 minit yang kaku bagaimana? Jangankan sebut Allah, sebut Hu pun tak boleh. Cane?
Ingat Allah selagi ada masa. The truth is, ingat Allah setiap masa, in every breath you take, every move you make, every step you take, while you can guys… Ingat Allah bermakna segerakan ibadah & segerakan hakNYA. Ingat MATI bukan sekadar metafora. It is REAL THING! We don’t know what is going to happens the next seconds.
Believe me guys, WE DON’T EVEN HAVE THE ‘THREE MINUTES’.
Entry ditutup dengan video ini. Sila hayati, walaupun nama kalian bukan Hayati.
والله الم
#keepthegoodalive
#tfkmdrp
#pakyuih
0 comments